Wednesday 11 September 2013

NERVOUS!

Seantero alam sudah mengetahui bahawa ibu sudah lama tidak memegang stereng sejak ada nabil dan sumayyah..

sedangkan ibu lesen P sekali test je dah lulus..terel kan?hehehe

sedangkan masa ibu kerja dulu, officemate gelarkan ibu minah rempit sebabnya selalu merempit dengan kancil sebab takut punch card merah..huhuhuhuhuhu

ibu pun tertanya tanya ke manakah hilangnya skill ibu???

bila ibu kembali memegang stereng, for the first time ever setelah beberapa tahun tidak memandu, ibu dilanggar seorang lelaki yang sedang bercakap dalam telefon dan sambil me reverse kereta..(bagus sungguh)

terus mengigil sehingga la ke hari ini...TRAUMA

tapi bermula bulan lepas ibu sudah memberanikan diri dengan dibakar api semangat tuan suami untuk kembali ke arena pemanduan...

alhamdulillah..ibu mendapat sedikit keberanian (ok la tu dr tak berani langsung kan?) untuk memandu 0.5 km untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah..

yang paling gembira, semestinya tuan suami kerana tidak perlu keluar ofis untuk mengambil anak-anak dari sekolah..huhuuhuhuhuhu...alhamdulillah, saya isteri solehah! hehe

tapi semalam bermulanya episod baru..kerana ibu telah memandu ke jalan besar yang banyak kereta besar...NERVOUS

disebabkan nabil dan sumayyah request pau kacang yang sangat sedap dan gebu di seberang jalan besar, ibu gagahkan juga...hukhuk..

sampai jalan besar, ibu parking dan seberang jalan nak beli pau..alhamdulillah..

bila nak balik, ibu jadi nervous..sebab tiba-tiba blank nak ikut jalan mana ni????

Ini lah tujuan entry yang memalukan diri ibu ini ditulis :

Ibu : sumayyah..nabil...ibu takut...(sambil rasa nak nangis)
Sumayyah : Ibu, ibu jalan je..slow-slow..ibu kan dah besar..ibu pandai..
Nabil : Ibu, takpe...nabil tunjuk jalan..ibu drive je..takpe ibu takpe..

alhamdulillah..ibu pun berjaya balik ke rumah (terima kasih kepada minda bawah sedar) huhu

Terharu ibu bila anak-anak ibu mententeramkan ibu, ibu ingatkan bila ibu merengek cenggitu anak-anak ibu pun akan takut dan merengek berjemaah..

it turned out that anak-anak ibu sangat berani dan comfort ibu...terharu ibu...terima kasih my darlings! alhamdulillah..mashaAllah..tabarakallah..

Ibu harap anak-anak ibu, akan sentiasa mendoakan ibu, memberi semangat untuk ibu meneruskan hidup yang penuh dugaan dan kesulitan (Allah Maha Mengetahui) apa yang ibu lalui...

Ibu selalu cakap, susah senang kita hadapi sama-sama ok..stick together...Alhamdulillah...

Ya Allah, jadikanlah anak-anak ku penyejuk mataku, penawar hatiku dan jadikanlah mereka hamba-hambaMU yang beriman dan beramal soleh....amin.....




Mujaheed ibu


No comments:

Post a Comment