Thursday 12 September 2013

Kembali kepada Dunia Research and Development (RnD)

Rindu....semestinya rindu..huhu..
Tapi komitmen terhadap anak-anak dan rumahtangga tiang seribu, menyebabkan ibu mengundur diri dari dunia RnD..

Teringat zaman-zaman muda..
Berseronok (seronok la sangat..hehe) dengan chemical, reactant, polymer dan makan, minum, tidur dengan jurnal..
naik turun tangga, ke hulu ke hilir membuat eksperimen..
memerah otak membuat report, proposal untuk dipersembahkan kepada tuan boss yang dihormati..
huhu..

Walaupun ibu dah menceburi bidang surirumah ini tetapi RnD tetap dijalankan di rumah ini dengan berbekalkan kemudahan internet..

Sehingga tuan suami berasa pening kerana terlalu banyak maklumat yang dikaji mengenai early education..
Tetapi tuan suami sangat menyokong bila ibu ke kursus (parenting, early edu, teknik nabi dll)

Ibu berbincang dengan tuan suami, seandainya diizinkan sekiranya ibu kembali ke bidang RnD chemical polymer engineering, dan tuan suami memberi sokongan kepada ibu..alhamdulillah...

masih dalam perancangan..
perlu momentum untuk ke UPM bertemu Prof yang dikasihi..
perlu momentum untuk membuat research proposal..
oh momentum di manakah kamu...
huhu..

inshaAllah, jika rezeki ibu di sana, maka di sana lah ibu..

tetapi separuh hari je aci tak??
tak sanggup tinggalkan anak-anak lama..
balik sekolah je, mesti ibu peluk dulu, borak-borak..
nak macam tu juga..
wuwuwu...

Istikharah dulu ye ibu...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak akan rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang berbincang.”






No comments:

Post a Comment