Saturday 4 August 2012

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA





Ibu pilih kasih?
masih relevankah di zaman ni?
ada ke ibu yang pilih kasih?
Apa definisi pilih kasih?


Pengalaman hidup mengajar erti menghargai erti kasih sayang seorang insan bernama ibu..
Mengajar diri ku untuk menjadi ibu yang menyayangi anak-anakku unconditionally..tanpa syarat..


Melihat contoh beberapa wanita yang kukenali yang juga menyandang jawatan ibu, sedikit sebanyak memberi keinsafan dan pengajaran untuk menjadi ibu yang baik..


IBU 1


Mempunyai beberapa anak..dan juga beberapa cucu..seorang yang baik pada dasarnya...tetapi hakikatnya, nama pun manusia....tidak sempurna..anak-anaknya ada yang bekerja dan ada yang tidak..DUIT menjadi faktor untuk lebih menyayangi atau membenci...Allah...kenapa duit?cucu kepada anak yang berduit, disayangi, ditatang, diberi perhatian..cucu kepada anak yang tidak mewah hidupnya, dipandang sepi...kadang-kadang dimaki..Allah...membeza-bezakan anak-anak dan cucu..sedih melihat keadaan itu...berlaku di depan mata..simpati pada anak yang dianggap tidak memberi manfaat dalam hidupnya.."tidak sejuk perut ibu mengandung", begitulah agaknya...waktu marahnya, kata-katanya bisa menjatuhkan air muka dan maruah anak dan cucu..seolah-olah mereka tiada perasaan..


IBU 2 


Penyayang, masyaALLAH..semua anak-anaknya dilayan adil..tiada istilah memilih pangkat, darjat..tidak memandang saiz kereta, mahupun saiz rumah...peluk, cium, kata sokongan menjadi rutin hidupnya..mendoakan anak-anak di waktu senang dan susah...lembut tutur kata, sentiasa berkata baik kepada anak-anak...cucu-cucu amat menyayangi dan menyenangi si nenek...anak-anak dengan rela hati sentiasa menjenguk ibu kerana kasih sayang..bukan kerana balik untuk hantar duit yang diminta...




IBU 3


Ibu yang tertekan..sangat menyayangi anak-anaknya..tetapi diperlakukan seperti seorang pembantu rumah oleh suaminya sendiri..maki hamun, tiada penghargaan, tiada belaian dan kasih sayang dari seorang lelaki bernama suami..ibu ini mendapat kasih sayang dengan menyayangi anak-anaknya sepenuh hati...hatinya teguh, jiwanya kuat..kuat demi anak-anaknya..masyaALLAH, seorang wanita yang cukup tabah..




Ibu, ikhlaslah menyayangi anak-anakmu..tanpa syarat..anak-anak sangat memerlukan kasih sayang seorang ibu..CEO, doctor, cleaner, pilot, lawyer, cikgu, kerani, pemotong rumput, pekebun sekolah, pengangkat sampah, mereka datang dari rahim seorang ibu..janganlah membeza-bezakan mereka..
kerana ibu, kamu tidak tahu antara mereka siapa kah yang doa nya dapat menyelamatkan kamu di akhirat kelak..


wallahualam..





No comments:

Post a Comment