Thursday, 12 September 2013

Kembali kepada Dunia Research and Development (RnD)

Rindu....semestinya rindu..huhu..
Tapi komitmen terhadap anak-anak dan rumahtangga tiang seribu, menyebabkan ibu mengundur diri dari dunia RnD..

Teringat zaman-zaman muda..
Berseronok (seronok la sangat..hehe) dengan chemical, reactant, polymer dan makan, minum, tidur dengan jurnal..
naik turun tangga, ke hulu ke hilir membuat eksperimen..
memerah otak membuat report, proposal untuk dipersembahkan kepada tuan boss yang dihormati..
huhu..

Walaupun ibu dah menceburi bidang surirumah ini tetapi RnD tetap dijalankan di rumah ini dengan berbekalkan kemudahan internet..

Sehingga tuan suami berasa pening kerana terlalu banyak maklumat yang dikaji mengenai early education..
Tetapi tuan suami sangat menyokong bila ibu ke kursus (parenting, early edu, teknik nabi dll)

Ibu berbincang dengan tuan suami, seandainya diizinkan sekiranya ibu kembali ke bidang RnD chemical polymer engineering, dan tuan suami memberi sokongan kepada ibu..alhamdulillah...

masih dalam perancangan..
perlu momentum untuk ke UPM bertemu Prof yang dikasihi..
perlu momentum untuk membuat research proposal..
oh momentum di manakah kamu...
huhu..

inshaAllah, jika rezeki ibu di sana, maka di sana lah ibu..

tetapi separuh hari je aci tak??
tak sanggup tinggalkan anak-anak lama..
balik sekolah je, mesti ibu peluk dulu, borak-borak..
nak macam tu juga..
wuwuwu...

Istikharah dulu ye ibu...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak akan rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang berbincang.”






Wednesday, 11 September 2013

NERVOUS!

Seantero alam sudah mengetahui bahawa ibu sudah lama tidak memegang stereng sejak ada nabil dan sumayyah..

sedangkan ibu lesen P sekali test je dah lulus..terel kan?hehehe

sedangkan masa ibu kerja dulu, officemate gelarkan ibu minah rempit sebabnya selalu merempit dengan kancil sebab takut punch card merah..huhuhuhuhuhu

ibu pun tertanya tanya ke manakah hilangnya skill ibu???

bila ibu kembali memegang stereng, for the first time ever setelah beberapa tahun tidak memandu, ibu dilanggar seorang lelaki yang sedang bercakap dalam telefon dan sambil me reverse kereta..(bagus sungguh)

terus mengigil sehingga la ke hari ini...TRAUMA

tapi bermula bulan lepas ibu sudah memberanikan diri dengan dibakar api semangat tuan suami untuk kembali ke arena pemanduan...

alhamdulillah..ibu mendapat sedikit keberanian (ok la tu dr tak berani langsung kan?) untuk memandu 0.5 km untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah..

yang paling gembira, semestinya tuan suami kerana tidak perlu keluar ofis untuk mengambil anak-anak dari sekolah..huhuuhuhuhuhu...alhamdulillah, saya isteri solehah! hehe

tapi semalam bermulanya episod baru..kerana ibu telah memandu ke jalan besar yang banyak kereta besar...NERVOUS

disebabkan nabil dan sumayyah request pau kacang yang sangat sedap dan gebu di seberang jalan besar, ibu gagahkan juga...hukhuk..

sampai jalan besar, ibu parking dan seberang jalan nak beli pau..alhamdulillah..

bila nak balik, ibu jadi nervous..sebab tiba-tiba blank nak ikut jalan mana ni????

Ini lah tujuan entry yang memalukan diri ibu ini ditulis :

Ibu : sumayyah..nabil...ibu takut...(sambil rasa nak nangis)
Sumayyah : Ibu, ibu jalan je..slow-slow..ibu kan dah besar..ibu pandai..
Nabil : Ibu, takpe...nabil tunjuk jalan..ibu drive je..takpe ibu takpe..

alhamdulillah..ibu pun berjaya balik ke rumah (terima kasih kepada minda bawah sedar) huhu

Terharu ibu bila anak-anak ibu mententeramkan ibu, ibu ingatkan bila ibu merengek cenggitu anak-anak ibu pun akan takut dan merengek berjemaah..

it turned out that anak-anak ibu sangat berani dan comfort ibu...terharu ibu...terima kasih my darlings! alhamdulillah..mashaAllah..tabarakallah..

Ibu harap anak-anak ibu, akan sentiasa mendoakan ibu, memberi semangat untuk ibu meneruskan hidup yang penuh dugaan dan kesulitan (Allah Maha Mengetahui) apa yang ibu lalui...

Ibu selalu cakap, susah senang kita hadapi sama-sama ok..stick together...Alhamdulillah...

Ya Allah, jadikanlah anak-anak ku penyejuk mataku, penawar hatiku dan jadikanlah mereka hamba-hambaMU yang beriman dan beramal soleh....amin.....




Mujaheed ibu


Friday, 6 September 2013

Darjah 1

Muhammad Nabil Fakhri, tahun depan dah darjah 1..
mashaAllah cepatnya masa berlalu..
Rindunya zaman anak-anak innocent, ke hulu ke hilir dengan ibu, ibu adalah segala galanya..hukhuk..
Rindu zaman-zaman homeschool..
Tapi ibu dah tak sekuat dulu..hukhuk..
sudah sampai masanya anak-anak ibu melepaskan ibu sebagai guru, ustazah, kaunselor, makcik kantin, cikgu pendidikan jasmani..
sedih.........
hukhuk...

ok back to the topic (sambil kesat air mata yang berjujuran)..huhu..

Bila anak nak masuk darjah 1, awal-awal tahun dah mula mencari-cari sekolah yang sesuai untuk anak..
hehe, bila anak-anak dah tidur, maka bermula lah pencarian sekolah di alam maya, sampai bersengkang mata depan PC..huhu

pencarian untuk sekolah agama..
siang-siang ibu dah daftar beberapa sekolah :

1. maahad tahfiz darul hikmah
2. sekolah al amin gombak
3. khalifah model school
4. MATADAHU kota damansara
5. SRI al huda

alhamdulillah, kesemua permohonan diterima dan dipanggil untuk ujian kelayakan..
sebelum ibu buat keputusan antara sekolah-sekolah ini, ibu solat istikharah dan doa agar Allah lorongkan ibu ke sekolah yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik seperti yang Allah dan Rasulullah mahukan..

setelah istikharah, ibu dapat rasa Allah permudahkan jalan ke Khalifah Model School..
boleh tengok link di sini http://khalifahschool.com/

pada mulanya ibu risau sebab tujuan utama adalah untuk anak-anak ibu menghafal alquran..
dan bersekolah di sekolah agama yang well established..
tapi hati ibu terus kuat untuk ke sana dan cuba bawa nabil untuk ujian kelayakan, alhamdulillah nabil dapat markah 44/50 untuk ujian kelayakan dan seterusnya dipanggil interview..
minggu lepas kami menghadiri interview..
pengetua sekolah ada beri komen positif tentang nabil, katanya nabil ada keyakinan diri yang tinggi..
maybe sebab banyak cakap kot dan tak malu-malu..heheh..
yang kelakarnya, bila pengetua tanya, "what do you want to be when you grow up?"
nabil jawab " a doctor..ehhhh a teacher"
haha..kelakar..
sedangkan kat rumah, dok tulis biodata diri, cita-cita nak jadi saudagar emas dan ahli perniagaan yang kaya raya seperti Abdul Rahman bin Auf r.a..
maybe dia nervous sampai lupa..
hehehehe..

dan akhirnya, alhamdulillah beberapa hari lepas, dapat panggilan dari sekolah, nabil diterima masuk ke sana..
alhamdulillah syukur..

sebelum ni, ibu dengar cerita yang kurang enak, baca cerita yang kurang enak tentang beberapa sekolah agama..
tentang akhlak murid-murid sekolah agama..
TIDAK SEMUA begitu..
ramai lagi yang baik-baik..
bukan ibu kata anak-anak ibu baik dan anak orang lain kurang baik..
tidak sama sekali, cuma ibu berdoa agar anak-anak ibu menjadi sahabat yang baik dan mendapat sahabat yang baik juga..

Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang tergantung agama teman dekatnya, maka hendaknya kalian memerhatikan siapakah teman dekatnya.”

bila ibu bincang dengan tuan suami yang dikasihi, ibu cakap "ibu tak pandang sangat A, kedudukan dalam kelas, silibus yang dipelajari..tapi ibu utamakan kecermerlangan akhlak dalam diri anak-anak ibu..ibu nak sekolah yang memberi ilmu di mana ilmu itu mendekatkan diri anak-anak ibu kepada Allah..dan menjadi anak-anak yang menghormati ibu dan ayah..yang selebihnya adalah bonus.."
tuan suami pun begitu..
sehati sejiwa..

“Siapa yang mengejar akhirat, maka dia akan mendapatkan akhirat dan dunia. Siapa yang mengejar dunia, maka hanya dunia saja yang ia dapat. Siapa yang meraih cinta Allah, maka ia akan dicintai Allah dan makhluk-Nya. Dan, siapa yang hanya ingin meraih cinta makhluk-Nya, maka hanya cinta makhluk-Nya saja yang ia dapatkan.”
itu janji Allah..

semua orang tanya, nabil sekolah di mana nanti..
ibu jawab sekolah agama, inshaAllah..dekat-dekat sini je..
memang dekat, kat ampang nun, kami pula tinggal kat sri damansara....
pindah rumah?
kita tunggu dan lihat sahaja apa yang Allah dah rancang untuk kami sekeluarga..
yang sangat seronoknya, dekat dengan keramat, dekat dengan masjid muaz, mudah nak ke majils ilmu Habib Ali..

rezeki itu dari Allah, semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami...biiznillah..  :)

gambar sumayyah..tiada kaitan dengan entry..hehe..princess ibu...muahhh...
nabil...yang nak jadi hebat seperti saidina ali..








Monday, 13 August 2012

INSECT LOVERS

Yeay...ayah half day..mari berjalan..  ^____________^

Inilah akibatnya, anak2 homeschool..huhuhuhuhu...

A visit to nature secrets lab, pusat sains negara.. ^___^

it was fun, scary (referring to sumayyah) hehe and it was tiring - puasa kan??  :)



superhero menyelamatkan serangga yang berat dan tak larat nak terbang..huhu


i love insect thissssssss much!  :)

let's learn metamorphosis with 'cikgu butterfly'
(sumayyah merujuk kepada tuan lab assistant kat situ)..hehehe

rama-rama (i wonder how they did this)  :)

sumayyah jadi belalang  :)

ciku cak!

buai laju-laju


Nabil impersonating a butterfly (tp mcm superman je) hehe

hmmm...i wonder how much would  i weigh on Mars?  ^__^





PENDULUM SWING
"ibu...siapa buai sumayyah ni..??" heheh comel!
nanti ibu ajar sumayyah how a pendulum works  ^___^











Thursday, 9 August 2012

RINDU INGIN KE SANA


masyaALLAH..
Indahnya..
Teringin benar ibu ke sana..
Together with my littlemujaheeds..
YA ALLAH YA MUJIB..
Makbulkanlah doa ibu..
Ibu teringin menetap di sana, bersama nabil dan sumayyah dan meninggal dunia di sana..
Bertemu ALLAH di syurga..

:)

LA TAHZAN UMMU MUJAHEED..LA TAHZAN..

I feel like i'm a loser..
NO! u are a winner!

I feel so far away from ALLAH..
NO! ALLAH is closer than your neck vain!

I feel like crying and crying and crying...
GO ON AND CRY! Weeping from fear of Allah is a mercy from Allah!

YA ALLAH..please have mercy on me..

I'm longing for Jannah..

YA RAHMAN...YA RAHIM...YA GHAFFAR...







  

Saturday, 4 August 2012

my dear children...

muhammad nabil fakhri
nur azkiya sumayyah...
anak-anak ibu...


ahli syurga, wanita solehah, lelaki soleh, mujahid, huffaz, menjadi sebaik-baik manusia, menjadi manusia yang sebaik-baik akhlaknya..


penyelamat ibu di sana..pemberi syafaat untuk ibu di sana nanti..


penyejuk hati ibu, penawar duka lara ibu..


dunia ini sementara, akhirat kekal abadi..


doakan ibu sayang...doakan ibu..


IBU SAYANG NABIL DAN SUMAYYAH...